Sunday, June 14, 2026

Trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan, KLK

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) perlahan ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Menerusi laporan trafik di laman web Lebuh Raya Malaysia (LLM), kenderaan dilaporkan bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara melibatkan beberapa laluan sejak pukul 5.30 pagi tadi.

“Antaranya dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Lembah Beringin ke Behrang, susur keluar Plaza Tol Sungkai.

“Selain itu, laluan Bidor ke Gopeng serta dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar,” katanya dalam datu kenyataan hari ini.

Sementara itu, di KLK, trafik dilihat semakin sesak menghala ke arah timur di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak menuju ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Lentang pagi ini.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di dua lebuh raya berkenaan.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan