32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Bahagian Media Pejabat PM ziarah rakan media uzur

Mesti Baca

ZIARAH KASIH… Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menziarahi bekas pengamal media khususnya mereka yang uzur.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir menziarahi bekas jurugambar Utusan Malaysia, Ghazali Basri di Taman Jati, Rawang, Selangor pagi semalam.

Ghazali, 53, yang mempunyai enam anak disahkan mengidap dimensia sejak beberapa tahun lalu tidak mampu bekerja.

Dia yang hilang mata pencarian selepas Kumpulan Utusan ditutup pada 2019 hanya mengharapkan dua anaknya untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Yang hadir sama, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Azmi Tarmizi dan Pegawai Khas Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Azran Fitri Rahim.

Turut diziarahi keluarga Allahyarham Datuk Baharom Mahusin dan Allahyarham Datuk Jalil Ali. Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Pengarang Sinar Harian.

Baca juga:   Mangsa banjir di Johor meningkat, Segamat paling teruk

Dalam masa sama, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Kelab Media Putrajaya telah menyalurkan sumbangan kepada 30 orang pengamal dan bekas pengamal media yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

— BERNAMA



Terkini

Aktif dalam pertubuhan belia bantu tambah merit ke IPTA

Oleh MOHD FAUZI FADZIL LAPORAN terbaru yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar menunjukkan bahawa...

Lagi Artikel Berkaitan