27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Op Khas Pagar Laut diaktifkan semula sempena Ramadan, Syawal

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan semula Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan negara khususnya di kawasan titik panas sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, operasi khas tersebut dijalankan dalam empat fasa bermula Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) pada 12 hingga 17 Mac dan diikuti Fasa II melibatkan penguatkuasaan sebelum perayaan pada 18 Mac hingga 1 April.

Beliau berkata, bagi Fasa III pula ia merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan pada 2 hingga 16 April dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan pada 17 hingga 30 April.

Menurutnya, operasi berkenaan akann melibatkan sebanyak 45 pelbagai aset milik agensi dan lebih 800 pegawai serta anggota di seluruh negara.

Katanya Op Khas Pagar Laut dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan seperti pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI), pencerobohan nelayan asing, penyeludupan masuk barangan kontraban seperti mercun serta penyeludupan barang-barang kawalan ke luar negara.

Advertisements

“Justeru, sepanjang operasi berkenaan, Maritim Malaysia akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan sempadan negara-negara jiran.

Hamid Mohd Amin (kiri) semasa Op Khas Pagar Laut.

“Selain rondaan dan operasi yang dijalankan, Maritim Malaysia turut bersiap sedia mengerahkan aset milik agensi bagi melaksanakan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) sekiranya berlaku apa-apa insiden kemalangan kapal atau bot penumpang yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamid berkata, pada tahun lalu Maritim Malaysia berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan.

Ini termasuk kes-kes membabitkan cubaan menyeludup masuk rokok, pencerobohan bot nelayan asing, kemasukan PATI serta kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM13 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan