31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Gaji minimum dilonggarkan untuk beberapa sektor – Saravanan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi kelonggaran kepada beberapa sektor pekerjaan termasuk sektor tidak formal apabila pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, antaranya kerja kampung, syarikat yang kurang daripada lima pekerja dan syarikat yang berdepan kerugian besar seperti sektor perhotelan dan pelancongan.

Menurut beliau, kelonggaran yang diberikan adalah sama ketika perintah gaji minimum pada 2012.

“Kerajaan juga akan memberikan tempoh setahun kelonggaran bagi mana-mana pihak yang memerlukan dan tempoh itu boleh dipanjangkan mengikut kuasa menteri.

“Pada hari ini kita buat pendekatan sama kepada beberapa sektor termasuk sektor tidak rasmi,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Inisiatif Microcredential Berasaskan Industri Pertama Negara Untuk Rakyat Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Saravanan berkata, terdapat juga orang kampung yang berkerja menerima gaji antara RM500 hingga RM600 sebulan dan jika majikan mereka dipaksa membayar gaji minimum RM1,500 mungkin pekerja akan kehilangan pekerjaan.

“Sekiranya selepas setahun masih belum dapat dilaksanakan mahupun pandemik COVID-19 berulang, kuasa menteri boleh digunakan untuk dilanjutkan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan