25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Juragan dan tiga awak-awak ditahan tunda tepi hasil laut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak berjaya menahan seorang juragan dan tiga awak- awak susulan dikesan menunda tepi hasil laut dan melanggar syarat lesen.

Komander PPM W5 Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, kesemuanya yang merupakan warganegara Indonesia berusia 19 hingga 42 tahun itu sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dengan menunda tepi jarak lebih kurang sembilan batu nautika dari persisir perairan Pulau Lakei, pukul 7 pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awam bot nelayan tempatan jenis pukat hanyut itu yang menjalankan aktiviti menyalahi peraturan telah berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Kuching.

“Botronda Polis Marin kelas PA1 milik Polis Diraja Malaysia telah menahan bot nelayan terbabit kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan dan jarak yang tidak dibenarkan.

“Hasil dari soal siasat awal didapati juragan bot turut mengaku sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan mengunakan pukat hanyut, melakukan kesalahan menjalankan aktiviti penangkapan ikan dikawasan dan didapati melanggar syarat- syarat lesen serta jarak yang tidak dibenarkan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Zulfikar berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk peralatan dan ikan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM185,000.

Menurutnya, kesemuanya dibawa ke jeti PPM W5 Kuching untuk tindakan Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan Kuching, Sarawak.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan