Monday, June 22, 2026

TMJ luangkan masa lawat Farizal, kurnia set golf

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat kapten JDT, Farizal Marlias di kediamannya hari ini.

Lawatan berkenaan dikongsikan Johor Southern Tigers menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Dalam kunjungan tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berbesar hati mengurniakan sebuah set golf kepada penjaga gol Harimau Selatan itu.

Dalam aksi Liga Super, Ahad lalu, Farizal mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain pertahanan, Shane Lowry ketika mahu menghalang serangan Terengganu FC pada separuh masa kedua.

Akibatnya, Farizal, 35, tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sejurus tamat perlawanan, Tunku Ismail bergegas ke hospital untuk melihat sendiri keadaan Farizal yang kini semakin sembuh.

Dalam perlawanan itu JDT berjaya mengekalkan rekod bersih dalam empat aksi Liga Super dengan menewaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim. -EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan