26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MPN sambut baik pengumuman kerajaan pembukaan sempadan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGUMUMAN pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini susulan kejayaan Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik di sambut baik Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan ini dibuat selari dengan syor Majlis Pemulihan Negara pada 8 Februari 2022 untuk pembukaan semula sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib.

“Alhamdullilah, saya selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara berkuatkuasa 1 April 2022.

“Sememangnya, pengumuman hari ini merupakan satu langkah positif dalam proses pemulihan negara terutamanya bagi sektor-sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 seperti industri pelancongan dan perdagangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, Malaysia memainkan peranan yang penting dalam rangkaian bekalan dunia (global supply chain) dan penutupan pintu sempadan yang berpanjangan semestinya akan menjejaskan posisi dan kebolehan daya saing Malaysia di peringkat perdagangan antarabangsa.

“Insya-Allah dengan pembukaan semula sempadan negara ini, Malaysia akan terus berada pada landasan yang tepat untuk pemulihan ekonomi negara yang diunjurkan untuk berkembang antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus untuk tahun 2022.

Advertisements

“Namun begitu, saya berharap Prosedur Pengendalian Standard ataupun
SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan terutamanya di pintu sempadan
darat dan air seperti di pintu sempadan Johor-Singapura tidak
membebankan dan senang difahami orang ramai.

“Saya juga ingin menegaskan kepada semua yang ingin menggunakan
kemudahan pembukaan semula ini supaya sentiasa mematuhi SOP yang
telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut mengharapkan rakyat Malaysia dapat terus mengamalkan norma-norma baharu dan cekal bagi memastikan diri dan keluarga sentiasa terlindung dengan peralihan ke fasa endemik COVID-19.

Ujarnya, bagi mereka yang masih belum mendapat dos vaksin penggalak COVID-19, beliau ingin menyeru kepada mereka untuk berbuat demikian secepat mungkin agar terlindung daripada kesan-kesan serius virus ini.

“Marilah kita bersama-sama menggunakan momentum pembukaan
sempadan ini untuk terus menggembleng tenaga dalam usaha-usaha
pemulihan negara. Saya berdoa agar Malaysia terus pulih dan terus
dilindungi Allah SWT,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan