29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ini video lama keracunan di Pasir Gudang, bukan sebab vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan sebuah rakaman video yang mendakwa pelajar sekolah mengalami reaksi selepas divaksin.

Sebaliknya, rakaman yang tular menerusi media sosial itu adalah video lama berkaitan kes keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019.

“Ia memaparkan seorang pelajar lelaki memakai uniform sekolah menengah terbaring bersama mesej ‘Tengok ni! Kejadian di sekolah yg disembunyikan KKM. Ramai teruk lepas kena vaksin cobid’.

“KKM ambil maklum bahawa terdapat penyebaran video palsu yang menyatakan pelajar-pelajar mengalami reaksi selepas divaksinasi.

Advertisements

“Untuk makluman, video tersebut adalah video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang Johor pada tahun 2019,” kata KKM menerusi twitternya hari ini.

Sehubungan itu, KKM menggesa orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat palsu terutama berkaitan program vaksinasi COVID-19.

Menerusi hantaran sama, KKM turut berkongsi pautan asal rakaman video tersebut.

Video berdurasi lima minit enam saat itu dipercayai merupakan rakaman dari insiden keracunan kimia kritikal di Pasir Gudang, Johor bertarikh 14 Mac 2019.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan