25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KUPTM dinaik taraf sebagai universiti penuh

Kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KOLEJ Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) mencatat sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh.
 
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KUPTM kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).
 
“KUPTM sebelum itu dikenali sebagai Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang ditubuhkan pada 1987 yang kemudiannya  dinaik taraf kepada kolej universiti pada Oktober 2015.
 
“Selepas lima tahun, KUPTM layak untuk memohon untuk kenaikan taraf kepada universiti penuh dan Alhamdulillah kita telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
 
Jelas Mahdzir, KUPTM telah membuat pembentangan permohonan naik taraf universiti penuh kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 1 Disember 2020.

Kampus utama KUTPM di Taman Shamelin, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, kelulusan penubuhan universiti telah diterima daripada KPT pada 31 Mac 2021 dengan beberapa syarat sebelum pendaftaran taraf universiti penuh.
 
“Seterusnya, pada 21 Februari 2022 , KPT telah bersetuju dengan memberi kelonggaran syarat pendaftaran pertama UPTM sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta bertaraf universiti.
 
“Ini membolehkan nama UPTM digunakan secara rasmi dengan mematuhi syarat utama dalam tempoh 5 tahun beroperasi sebagai universiti.
 
“Tujuan penubuhan satu lagi universiti di bawah MARA adalah sebagai pelengkap eko sistem pendidikan tinggi MARA yang memfokuskan kepada kebitaraan perniagaan dan perakaunan,” katanya.
 
Tambah Mahdzir lagi, KUPTM juga aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi diperingkat nasional dan antarabangsa.
 
“Sepanjang penubuhan sebagai kolej universiti, KUPTM telah menawarkan 14 program Ijazah Sarjana Muda,  4 Program Sarjana dan 2 program Ijazah Doktor Falsafah.
 
Menurut beliau, KUPTM mempunyai 155 orang ketua penyelidik yang telah menghasilkan 111 projek penyelidikan serta menerbitkan 198 artikel ilmiah dalam pelbagai jurnal.
 
“Dengan penubuhan UPTM, sektor pendidikan tinggi negara diperlihatkan pada landasan betul dan dapat merealisasikan dan mendokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pendidikan Tinggi 2015-2025, seterusnya dapat membangunkan modal insan dan melahirkan graduan bertaraf global,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan