25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

BN mampu raih sokongan besar di Johor – Qobin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) mampu meraih sokongan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac susulan keputusan pucuk pimpinan parti yang mahu meletakkan muka-muka baharu dan berpengalaman sebagai calon.

Itu keyakinan yang diutarakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Hal ini berdasarkan kenyataaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan yang berjanji akan meletakkan lebih ramai calon baru dan berpengalaman serta anak muda yang berpotensi membawa kestabilan politik di negeri Johor.

Kata beliau, dengan poster calon Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yang tenang, berkebolehan, berani membuat keputusan, ini juga antara faktor kepada kemenangan BN di negeri Johor nanti.

“Selain itu, antara faktor lain yang boleh menjadikan kemenangan besar buat BN Johor adalah kekurangan calon-calon PH yang berkaliber dan pergolakan perebutan kuasa di dalam PH dan juga PN.

Advertisements

“Ditambah pula dengan sikap Parti Muda yang hipokrit dan masih tidak matang dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan semasa serta janji-janji manifesto yang membuatkan rakyat Johor menyampah dan tidak lagi akan termakan dengan janji-janji manis PH dan PN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai mengharapkan agar rakyat negeri Johor bijak memilih dan mengundi demi sebuah kemakmuran bangsa, kestabilan ekonomi negeri, dan membantu BN memenangi PRN Johor nanti.

“Saya percaya, UMNO dan BN telah banyak berubah dan belajar daripada kelemahan dan kekalahan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

“Saya sebagai Pemuda UMNO Malaysia, berdoa dan memohon agar kepimpinan atasan, dapat meletakkan calon-calon muda yang berwibawa terutamanya 26 sahabat-sahabat Ketua Pemuda Bahagian di Johor bersama gandingan muka-muka lama yang berpengalaman dalam menarik sokongan rakyat Johor,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan