31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Gas ammonia bocor, kilang proses ayam disahkan tidak tercemar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat (JBPN) mengesahkan sebuah kilang memproses ayam di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor yang terbabit dengan kebocoran gas ammonia semalam, bebas daripada pencemaran bahan kimia itu.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan sehingga 12.30 tengah malam tadi mendapati kilang memproses ayam tersebut berada di bangunan yang berlainan.

Beliau berkata, tiada ayam ternakan yang dilupuskan kerana kilang tersebut tidak terbabit dalam kejadian.

“Operasi ditamatkan pada 12.30 tengah malam tadi setelah bacaan kepekatan ammonia berada dalam keadaan selamat.

“Di lokasi ada dua bangunan. Kejadian berlaku di bangunan yang memproses nugget dan sosej,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Semalam, media melaporkan lebih 450 pekerja diarah mengosongkan premis apabila sebuah kilang memproses ayam mengalami kebocoran gas ammonia pada salah satu saluran paip gas.

Seramai 463 pekerja kilang terdiri daripada 290 lelaki dan 173 wanita yang berada di tempat kejadian ketika kebocoran berlaku 1.10 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, mereka dilaporkan terselamat daripada terhidu gas berkenaan.

Difahamkan, kejadian disedari pekerja yang melihat kebocoran pada salah satu saluran paip di kilang tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan