26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada bayaran proses UPUOnline/Unik ID tahun ini – Noraini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BERITA baik bagi lepasan Sijil Perlajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi,Matrikulasi dan Diploma atau setara dengannya.

Ini kerana permohonan bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2022/2023 menerusi UPUOnline tidak akan dikenakan bayaran proses, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurut beliau, ini kerana pihaknya sedia menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID yang sebelum ini perlu ditanggung oleh para pemohon.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan pandemik Covid-19 manakala permohonan kemasukannya akan dibuka mulai esok sehingga 31 Mac ini.

“Sehubungan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan institut latihan kemahiran awam (ILKA).

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru menurut beliau, KPT berharap agar keputusan in dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depanyang lebih cerah.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan