32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

3 kanak-kanak antara 4 maut nahas 2 kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT individu yang dipercayai sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong, Pahang hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kejadian itu.

“Empat mangsa yang maut terdiri daripada satu perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki manakala dua lelaki dewasa mengalami kecederaan.

Advertisements

“Pasukan bomba memastikan tiada lagi mangsa dalam kenderaan selepas kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya hari ini.

Menurutnya mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan