34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kabinet batal cadangan naikkan tarif elektrik – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik melibatkan lebih 9 juta pengguna domestik.

Sehubungan dengan itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam ciapan menerusi twitternya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata, dengan keputusan tersebut kadar tarif yang digunakan sejak 1 Januari 2014 akan kekal sehingga 31 Disember 2024.

ST dalam kenyataannya berkata, keputusan itu turut diguna pakau kepada pengguna komersial dan industri.

“Bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM1.67 bilion, ekoran daripada kenaikan harga arang batu yang tinggi di pasaran sehingga mencecah AS$200 per tan.

“Pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada penggunapengguna domestik di Semenanjung.

“Selain itu, pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri,” jelas kenyataan itu.

Malah, bagi mengekalkan pemberian rebat dan tanggungan kos surcaj ICPT sepenuhnya kepada semua pengguna domestik, kerajaan memperuntukkan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos tersebut.

Selain itu, ST turut menyarankan bahawa pengguna boleh memanfaatkan Program Net Energy Metering (NEM) bagi membantu mengurangkan kos bil elektrik.

Semalam, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tarif baharu elektrik secara Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) akan dilaksanakan mulai 1 Februari sehingga 31 Disember 2024.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada Rabu lepas dan memberi jaminan tarif baharu tersebut tidak akan membebankan pengguna.

Menurut beliau kadar tarif baharu itu dijamin tidak akan membebankan pengguna. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan