26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

6 individu direman bantu siasatan sijil vaksinasi palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Terengganu mengesahkan enam individu direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 yang dipercayai palsu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, kesemua suspek yang berusia antara 35 hingga 57 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Sabtu.

Katanya, tahanan itu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan malam tadi ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa tidak menerima sijil tersebut walaupun telah membuat pembayaran.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi dipercayai palsu susulan penahanan seorang doktor pada Sabtu lalu.

Kegiatan itu dipercayai telah dilakukan sejak September tahun lalu dengan mengenakan cas bayaran antara RM400 hingga RM600.

Suspek utama yang juga seorang doktor swasta berusia 51 tahun ditahan pada Sabtu lalu dan direman selama tiga hari sehingga Selasa.

Bagaimanapun, reman suspek dilanjutkan selama dua hari lagi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pendakwaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan