31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PRN Sarawak tidak cetus lonjakan kes COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA kes lonjakan positif COVID-19 dikesan selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Perkongsian maklumat itu disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter beliau tadi.

Beliau berkata, jumlah kes harian juga didapati semakin menurun di negeri itu.

“Kes harian, kemasukan ke hospital dan ICU menurun. Kes kematian turut menurun,” katanya.

Noor Hisham berkata, sejumlah 75.6 peratus rakyat Sarawak sudah menerima vaksin lengkap dan 62 peratus dewasa telah menerima dos penggalak masing-masing.

“Peratusan itu dicatatkan sehingga 9 Januari lalu,” katanya.

PRN Sarawak diadakan pada 18 Disember memperlihatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 45 daripada 82 kerusi pada PRN12 Sarawak.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan