24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Kerajaan tetapkan harga maksimum 2 jenama vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit maksimum setiap dos bagi vaksin jenama CoronaVac keluaran Sinovac yang ditetapkan adalah RM77 manakala, jenama Covilo keluaran Sinopharm pula RM61, berkuatkuasa Sabtu ini.

Sementara itu, bagi harga borong maksimum setiap dos untuk kedua-dua vaksin COVID-19 tersebut, jenama CoronaVac keluaran Sinovac ditetapkan sebanyak RM62 dan jenama Covilo keluaran Sinopharm pula RM49.

Ketetapan harga runcit dan borong bagi kedua-dua jenama vaksin itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan bersama hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, buat masa ini KKM melaksanakan proses penentuan harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 sahaja.

“Penentuan harga vaksin COVID-19 hanya melibatkan vaksin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM.

“Harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi kedua-dua vaksin ini akan berkuat kuasa pada 15 Januari di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

Baca juga:   Saya masih tiada kerusi bertanding PRU-15 - Khairy

“Harga runcit maksimum yang ditetapkan tidak termasuk caj perkhidmatan dan caj barangan pakai buang yang digunakan ketika suntikan vaksin COVID-19.

“Penentuan harga maksimum ini secara asasnya dibuat berdasarkan harga pengimportan dan harga pasaran semasa,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Khairy dan Alexander berkata, senarai dan harga vaksin COVID-19 akan dikaji secara berterusan dan akan ditambah baik atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran dan keperluan semasa.

Baca juga:   PICK lepasi sasaran 300,000 dos sehari - Muhyiddin

Katanya, setiap fasiliti kesihatan swasta yang mendapat kelulusan kerajaan untuk menawarkan private-purchase vaccination diwajibkan mempamerkan harga jualan vaksin COVID-19 untuk rujukan orang ramai dalam meningkatkan ketelusan maklumat harga vaksin.

Mengulas lanjut, mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan tindakan penalti.

“Bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,”katanya.

Sementara itu, Khairy dan Alxander berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM bekerjasama melaksanakan penentuan harga maksimum vaksin.

Katanya, ia untuk mengelakkan vaksin dijual dengan harga terlalu tinggi, manakala penguatkuasaan perintah ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM. – Edisi 9

Baca juga:   Suntikan vaksin: Sultan Selangor berkenan tunggu giliran

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan