33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Shebby meninggal dunia akibat serangan jantung

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEGENDA bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, petang tadi.

Perkembangan itu disahkan oleh rakan mendiang yang juga jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah.

Difahamkan, Serbegeth yang lebih mesra disapa Shebby itu terkena serangan jantung ketika berbasikal di Johor.

Untuk rekod, Serbegeth yang beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.

Advertisements

Mendiang pernah beraksi dalam tiga Sukan Asia pada 1982, 1986 dan 1990 selain pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989.

Shebby rebah selepas diserang sakit jantung ketika berbasikal di Iskandar Puteri, Johor hari ini. – Sumber: Media sosial

Di peringkat kelab, dia pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Selepas bersara sebagai pemain, dia pernah berkhidmat sebagai penasihat global di Blackburn Rovers pada 2012.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan