27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

JPS giat jalan kerja-kerja pembaikan ban Sungai Langat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) giat menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan ban Sungai Langat di Labohan Dagang dan Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor.

JPS dalam satu kenyataan berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah menggerakkan sebanyak empat jentera di setiap lokasi bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan itu.

Beliau berkata, ban tersebut rosak berikutan berlaku limpahan air Sungai Langat ekoran peningkatan paras air sungai serta akibat fenomena air pasang besar yang berlaku.

“Ini telah menyebabkan hakisan ban berlaku kira-kira tiga hingga empat meter lebar pada pukul 10.00 pagi tadi di Kampung Labohan Dagang dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bukit Changgang.

“Sehubungan dengan itu, JPS telah menggerakkan sebanyak empat jentera di setiap lokasi bagi kerja-kerja pembaikan dan pembaikan ban telah siap dibaiki sepenuhnya di Kampung Labohan Dagang.

Advertisements

“Manakala di RTB Bukit Changgang dijangka siap dibaiki petang ini,” katanya.

JPS berkata, sehingga kini limpahan air Sungai Langat di kawasan jajaran sungai tersebut dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, jabatan itu meminta agar penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir lebih berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Katanya, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau menerusi Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Twitter @DID_Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan