34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pengurusan banjir negara akan dipertingkat – PM

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mempertingkatkan lagi pengurusan banjir negara bagi menghadapi bencana itu pada masa depan.

Untuk itu, menurut Perdana Menteri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan mengadakan mesyuarat sejurus Monsun Timur Laut berakhir bagi membincangkan pelan jangka pendek dan jangan panjang.

Ia susulan beberapa langkah yang dicadangkan oleh agensi-agensi terlibat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bertindak Banjir Monsun Timur Laut yang dipengerusikan beliau hari ini.

Menurut beliau, ini termasuk meningkatkan tahap perlindungan saliran dan pantai, sistem amaran banjir, sistem komunikasi dan lain-lain.

“Bagi meningkatkan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan peningkatan tahap perlindungan/kala ulangan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI) kepada 200 tahun ARI,” katanya hari ini.

Perdana Menteri berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mencadangkan beberapa langkah antaranya sistem amaran siren banjir berpusat yang dikoordinasi oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS).

“Contoh di Sri Muda (Shah Alam), siren amaran telah dibunyikan sebagai amaran kepada penduduk,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga dicadang menambahkan lagi jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko untuk mengarahkan penduduk berpindah.

Manakala kamera litar tertutup (CCTV) di stesen pemantauan aras air turut ditempatkan agar penduduk bersedia untuk berpindah sekiranya air berada pada paras bahaya.

Selain itu, Ramalan Cuaca Berangka (NWP) dan Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) menerusi aktiviti-aktiviti latih amal banjir dan maklumat akan dihebah oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, terdapat 895 lokasi bencana dilapor oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) sepanjang Monsun Timur Laut kali ini yang melibatkan lokasi banjir, banjir kilat, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, dan jambatan runtuh atau rosak yang melibatkan kos pemulihan sebanyak RM967.2 juta.

Katanya, sebanyak 802 lokasi telah selesai aktiviti pembersihan iaitu di negeri Kedah iaitu sebanyak tiga daripada lapan lokasi, Perak 17 daripada 17 lokasi, Selangor 134 (162) , Negeri Sembilan 45 (62), Melaka 17 (22), Johor 6 (6), Pahang 533 (566), Terengganu 13 (14) dan Kelantan 34 daripada 38 lokasi yang terjejas.

“Pembaikan kekal dijangka dilaksanakan bermula Januari 2022 dan selesai pada Jun 2022,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan