30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

28,005 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS 5 negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 28,005 mangsa banjir daripada 8,598 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri pagi ini berbanding 33,193 mangsa malam tadi.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 183 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Di SELANGOR, aplikasi itu menunjukkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 11,864 mangsa daripada 3,521 keluarga yang ditempatkan di 61 PPS pagi ini, berbanding 15,354 mangsa di 81 PPS malam tadi.

Sementara, di PAHANG, seramai 16,579 mangsa banjir masih berada di 119 pusat pemindahan sementara pagi ini berbanding 17,211 orang malam tadi.

Daerah yang masih terjejas ialah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.

Di KELANTAN pula, jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan dengan 378 orang daripada 127 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 470 orang daripada 153 keluarga semalam, membabitkan dua PPS yang dibuka di Jajahan Pasir Mas.

Advertisements

Dua PPS itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Gual Periok.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir kekal 26 orang daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini.

Hanya PPS Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng di Jasin dibuka bagi menempatkan mangsa.

Di NEGERI SEMBILAN, mangsa banjir di negeri itu menunjukkan penurunan kepada 128 individu daripada 37 keluarga berbanding semalam 132 mangsa daripada 38 keluarga.

Tiga PPS masih dibuka di Jelebu setakat pagi ini.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan