26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Banjir: 43 individu ditahan kerana mencuri di Selangor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 43 individu ditahan membabitkan kejadian kecurian dalam kawasan bencana banjir di Selangor sejak 17 Disember sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menerima laporan berkenaan kejadian kecurian dalam kawasan banjir di negeri lain.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, polis telah membuka 13 kertas siasatan di mana empat kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan mencuri motosikal.

“Sembilan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh pasar raya atau kedai dengan maksud mencuri barang-barang dalam pasar raya atau kedai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Jalil berkata, kesemua suspek terdiri daripada 40 lelaki dan tiga wanita.

Menurutnya, kesemua kes masih dalam siasatan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda di samping mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan serta ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Sri Muda, khususnya Seksyen 15 yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Antara premis terbabit ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.

Turut viral beberapa hari lalu dalam media sosial memaparkan hantaran bertajuk “Sisi Gelap Sri Muda” dengan hampir 50 gambar kecurian dikongsikan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan