Sunday, June 14, 2026

Sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran dilarang – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“PENGANJURAN sambutan Tahun Baharu 2022 secara besar-besaran tidak dibenarkan,” tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sebaliknya, beliau berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas cuma dibenarkan dilakukan secara berskala kecil dan persendirian membabitkan keluarga dan rakan.

“Buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya secara kecil-kecilan dibenarkan.

“Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan Khairy berkata, pusat pemberian vaksin mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, pusat pemberian vaksin mega akan dimulakan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan