24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

LRA Sungai Semenyih dihenti tugas, pencemaran bau diesel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERIKUTAN pencemaran bau diesel dikesan di Sungai Semenyih, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihentikan serta-merta.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai di sekitar kawasan itu.

Beliau berkata, susulan henti tugas LRA Sungai Semenyih, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Wilayah itu adalah Petaling membabitkan 172 kawasan, Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Elina berkata, pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terbabit menerusi aplikasi Air Selangor.

Katanya, Air Selangor sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada pengguna.

Advertisements

“Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dan premis kritikal.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama ketika peningkatan kes Covid-19.

“Justeru Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Oleh itu katanya, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan boleh dilakukan menerusi Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan