36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ahli Parlimen diminta bantu KKM lulus pindaan Akta 342

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen diminta dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan meluluskan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dijadual dibentangkan di Parlimen, hari ini.

Permintaan itu dimohon Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam sidang media di Parlimen tadi.

Beliau berkata, pindaan Akta 342 disifatkan penting kerana ia menumpukan terhadap kesalahan berulang selain berdepan dengan ancaman gelombang COVID-19 varian Omicron.

Katanya, beliau bersama Jawatankuasa P Khas Kesihatan akan duduk bersama minggu depan untuk memperhalusi garis panduan dan peraturan berhubung pindaan Akta 342 ini.

“Apabila ada pesalah berulang terutama dalam kalangan orang kenamaan kita kena bagi sesuatu yang boleh ‘menghalang’ mereka…inilah inisiaitif akhir kita.

“Saya berharap dengan adanya ancaman Omicron ini saya betul-betul merayu kepada Ahli Parlimen untuk bantu KKM meluluskan pindaan ini dan kita akan perhalusi garis panduan dan peraturan pada minggu depan.

“Mustahil bagi saya untuk memasukkan perincian dalam akta, takkan saya nak masukkan denda pelitup muka dan sebagainya dalam akta ini,” katanya.

Khairy Jamaluddin dijadual membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat, petang ini.-Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan