27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pengguna peranti 3G disarankan beralih kepada rangkaian 4G

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA peranti 3G disarankan untuk segera beralih kepada rangkaian 4G sebelum rangkaian 3G ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan pengguna terkesan dan ketinggalan daripada arus pendigitalan.

“Pengguna yang masih menggunakan kad SIM 3G disaran untuk segera menghungi syarikat penyedia perkhidmatan dalam masa terdekat bagi menaik taraf perkhidmatan kepada 4G bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Advertisements

“Penamatan rangkaian 3G adalah seiring dengan usaha kerajaan meningkatkan liputan jalur lebar yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA),” katanya.

MCMC berkata, ia bertujuan untuk mengguna semula spektrum sedia ada bagi mengukuhkan rangkaian 4G serta membolehkan penyedia rangkaian mudah alih meningkatkan ketersambungan digital dan memberikan pengalaman 4G yang lebih menarik kepada pelanggan dan isi rumah.

Penyedia perkhidmatan iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan U Mobile Sdn Bhd telah berjaya melakukan migrasi 1.2 juta pelanggan kepada 4G.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan