27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Hanya 36% keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HANYA 36 peratus pengundi Pilihan Raya Melaka (PRN) Melaka telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 12 tengah hari ini.

Penambahan hanya sembilan peratus dalam tempoh sejam dari rekod keluar mengundi yang dicatatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pukul 11 pagi.

SPR sebelum ini memaklumkan seramai 476,037 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Melaka hari ini dan menyasarkan 70 peratus akan keluar mengundi.

Sementara itu, beberapa calon yang disebut-sebut bakal menjadi Ketua Menteri jika parti masing-masing menang majoriti menyelesaikan tanggungjawab masing-masing.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Perikatan Nasional) telah membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar pada pukul 7.53 pagi.

Advertisements

Bagi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pula membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun Lendu pada 8.47 pagi.

Manakala, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal bersama isteri dan anak kira-kira pukul 8.05 pagi.

Proses pengundian PRN Melaka bermula 8 pagi tadi dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Seramai 11,557 pengundi awal dan 7,601 mengundi secara pos telah pun melaksanakan tanggungjawab mereka sebelum ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan