33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pembukaan sekolah secara fizikal di 5 negeri bermula 21, 22 Nov.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMASUKAN murid Tahun 1 hingga 6 bagi sekolah rendah, kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah adalah pada 21 November bagi negeri Kedah dan 22 November 2021 bagi negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, kehadiran murid dalam kumpulan tersebut di sekolah harian adalah mengikut kaedah penggiliran.

“Manakala kehadiran murid di sekolah asrama sepenuhnya adalah tanpa penggiliran.

“Perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa atau penjaga,” katanya.

Advertisements

KPM berkata, pihaknya sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka semenjak dibuka semula bermula 3 Oktober 2021.

“Dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa pandemik COVID-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah penggiliran.

“Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan