25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Rakyat dibenar rentas negeri bermula esok – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan rakyat di seluruh negara dibenarkan untuk merentas negeri tanpa kebenaran polis bermula esok.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, kebenaran itu hanya diberikan kepada mereka yang sudah mendapat vaksinasi dos lengkap.

Menurutnya, sehingga kini peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.

“Walaupun mungkin tiada sekatan jalan raya (SJR) khusus untuk sekatan rentas negeri, tetapi pihak polis boleh pemeriksaan di mana-mana sahaja termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Advertisements

“Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Menurut beliau, SJR yang dilakukan oleh pihak polis bagi menjamin keselamatan negara dan polis juga boleh membuat pemeriksaan terhadap aplikasi Mysejahtera.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kebenaran rentas negeri tidak termasuk bagi kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana tiada pergerakan keluar masuk ke kawasan itu dibenarkan. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan