28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

MOT adakan kaji selidik atasi pemandu mabuk

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang menjalankan kaji selidik atas talian mengenai pemandu mabuk bagi mendapatkan pandangan orang ramai berhubung isu tersebut.

Kaji selidik Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung kandungan alkohol yang perlu dibenarkan.

Edisi 9 difahamkan kaji selidik itu merupakan langkah susulan selaras yang diambil oleh kementerian susulan keputusan Kabinet Menteri yang bersetuju agar Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikaji semula.

Advertisements

Pindaan Akta 333 itu untuk menaikkan hukuman atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk termasuk menurunkan had kandungan alkohol yang dibenarkan dalam badan pemandu seperti mana standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan berharap orang ramai dapat mengisi borang kaji selidik menerusi pautan yang diberikan sebelum atau pada 4 Jun 2020. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan