Monday, July 20, 2026

ASEAN buktikan dialog dan diplomasi jalan keamanan – Anwar

Pendekatan ASEAN terhadap keamanan sentiasa berpaksikan kekuatan yang tenang, konsensus dan saling menghormati, sekali gus menjadi asas kukuh kepada kestabilan rantau ini.

Mesti Baca

ASEAN sekali lagi membuktikan bahawa dialog dan diplomasi yang berprinsip mampu menjadi jalan terbaik dalam menyelesaikan pertikaian serantau, tanpa perlu bergantung kepada konfrontasi atau tekanan luar.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika penutup Forum Perundangan ASEAN  2025 hari ini.

Menurut beliau, pendekatan ASEAN terhadap keamanan sentiasa berpaksikan kekuatan yang tenang, konsensus dan saling menghormati, sekali gus menjadi asas kukuh kepada kestabilan rantau ini.

“Nilai-nilai ini harus terus membimbing kerjasama perundangan serantau kerana sejarah mengajar kita bahawa konfrontasi hanya membawa ketidaktentuan, manakala dialog membina kepercayaan dan kestabilan jangka panjang,” kalau beliau.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Anwar menambah, nilai inklusiviti merupakan asas kepada keadilan, justeru undang-undang harus dirasai dalam kehidupan rakyat serta berfungsi sebagai pelindung dan pemerkasa, bukannya alat untuk menakut-nakutkan atau meminggirkan.

Dalam masa sama, beliau menekankan keperluan membina kelestarian melalui institusi perundangan yang berintegriti serta sistem tadbir urus yang adil.

“Kelestarian pula menuntut institusi perundangan yang berintegriti dan sistem tadbir urus yang adil hatta kekuatan sebenar kerajaan terletak pada kepercayaan rakyat terhadap institusinya.,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semangat kebersamaan ASEAN terus diperkukuh dalam melahirkan sistem perundangan serantau yang adil, inklusif dan berdaya tahan. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan