Sunday, June 14, 2026

PN nafi keluar kenyataan calonkan Ahmad Faizal sebagai PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perikatan Nasional (PN) menafikan mengeluarkan kenyataan media berkenaan dengan meletakkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Tambun merangkap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9. 

Dalam kenyataan media itu menyebut, Perikatan Nasional (PN) telahpun selesai bermesyuarat hari ini bagi memutuskan satu nama calon Perdana Menteri selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut mengucapkan terima kepada semua parti komponen PN atas komitmen dan kepercayaan mencari kata sepakat dalam membuat keputusan tersebut. 


Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan :

Perikatan Nasional (PN) telahpun selesai bermesyuarat hari ini bagi memutuskan satu nama calon Perdana Menteri selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong, supaya semua Ahli Parlimen mencadangkan satu nama calon Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Sejak dari awal penubuhan parti, PN tidak pernah lari usaha membawakan agenda rakyat dan mengembalikan ekonomi negara yang telah dirosakkan oleh sekumpulan kleptokrat dari kerajaan terdahulu.

Malaysia sedang melalui fasa pemulihan negara yang telah dirancang oleh Kerajaan PN dalam usaha menangani kemelut pandemik Covid-19.

Justeru, PN berpendapat bahawa usaha ini perlu diteruskan bagi memastikan negara ini benar-benar selamat dari pandemik Covid-19 dan seterusnya membangunkan semula Malaysia.

PN telah sepakat untuk menamakan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Tambun merangkap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai calon Perdana Menteri.

Selaku Setiausaha Agung Perikatan Nasional, saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua parti komponen PN atas komitmen dan kepercayaan mencari kata sepakat dalam membuat keputusan ini. _ Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan