36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ahli-ahli Parlimen gabungan PN dipanggil ke Istana Negara esok

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli-ahli Parlimen gabungan Perikatan Nasional (PN) dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam ini.

Katanya, Ahli-ahli Parlimen terbabit dipanggil bagi pengesahan sokongan sekali lagi di hadapan Seri Paduka Baginda setelah semua Ahli Parlimen diminta menyerah surat akuan bagi menyatakan seorang calon dalam kalangan mereka yang diberi kepercayaan sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput utk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Datuk Seri Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang,” kata beliau ketika dihubungi.

Ahmad berkata, Ahli-ahli Parlimen terbabit dijangka akan bertolak ke Istana Negara secara berperingkat-peringkat dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menggunakan bas bermula pukul 10 pagi.

Beliau berkata, ia bermula dengan Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) diikuti Bersatu (11 pagi), UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pukul 2 petang dan 3 petang sementara Pas pada pukul 4 petang.

Ismail Sabri dipercayai memperoleh 114 sokongan untuk membentuk kerajaan dan dilantik sebagai Perdana Menteri hasil kepercayaan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) selain BN sendiri.

Untuk rekod PN menguasai 50 kerusi dalam Parlimen iaitu 31 milik Bersatu, Pas (18), STAR satu kerusi serta empat Ahli Parlimen bebas manakala GPS memiliki 18 kerusi.

BN pula menguasai 42 kerusi dengan 38 milik UMNO, dua daripada MCA masing-masing satu MIC dan PBRS – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan