26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ahmad Sarji stabil, masih dirawat di HCTM UKM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Keadaan negarawan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid disahkan stabil dan masih dirawat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur.

Menurut anaknya, Ariff Tuah Ahmad Sarji, beliau sedar tentang perkhabaran mengenai bapanya yang tular menerusi media sosial dan mengesahkan ia tidak benar.

“Tun Ahmad Sarji masih menerima rawatan di wad ICU HCTM dan keadaannya stabil.

“Dengan rendah hati, saya sekeluarga mohon orang ramai terus doakan Allah SWT menganugerahkan kesembuhan dan mempermudah segala urusan untuk ayah saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini tular menerusi media sosial konon Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu meninggal dunia akibat COVID-19.

Advertisements

Penularan berita palsu itu susulan laporan mengenai kematian penyanyi Siti Sarah Raissuddin di hospital sama akibat COVID-19 awal pagi ini.

Sabtu lalu, media melaporkan bekas Ketua Setiausaha Negara itu dimasukkan ke ICU HCTM akibat komplikasi COVID-19.

Ahmad Sarji menjadi KSN dari tahun 1990 hingga 1996 ketika pentadbiran Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga adalah pengasas IKIM dan dilantik sebagai pengerusi pertamanya sejak 1996, – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan