26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

CAC dilanda ribut, 2 pesakit COVID-19 cedera ringan

Mesti Baca

PELABUHAN KLANG – Dua pesakit COVID-19 cedera ringan dan tujuh khemah di Pusat Penilaian COVID -19 (CAC) Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang, Jalan Pekeliling di sini rosak, dalam kejadian ribut semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku selama 15 minit dan video mengenainya tular dalam media sosial sejak petang semalam.

Kejadian ribut di CAC berkenaan dikatakan telah mengakibatkan khemah terangkat dan tiang serta beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Polis, Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian, sekitar pukul 11.50 pagi, membabitkan dua orang awam, yang juga pesakit COVID -19 mengalami cedera ringan di kepala.

Menurut beliau, mereka kemudian dirawat di CAC berkenaan, dan dibenarkan pulang.

Advertisements
CAC ribut
Situasi di CAC Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang, Jalan Pekeliling selepas kejadian ribut semalam. – Gambar: Facebook Amirudin Shari

Tujuh daripada 12 khemah di CAC tersebut mengalami kerosakan.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, selah dirawat, mereka dibenarkan pulang untuk meneruskan kuarantin di rumah.

“Insiden terbabit juga merosakkan khemah di luar dewan yang digunakan sebagai ruang menunggu.

“Pasukan Bencana Daerah Klang dikerahkan ke tempat kejadian untuk menilai dan memperbaiki kerosakan. Salah satunya mengalami kerosakan teruk, selebihnya boleh diperbaiki,” katanya.

Kejadian itu turut mengakibatkan tiga buah kenderaan mengalami kerosakan kecil.

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan