28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ribut: KKR, MINDEF, KLN dan KPM telah terima laporan

Di bawah KKR, lima premis rumah setingkat kuarters kerajaan telah mengalami kerosakan dan kerja pembaikan telah dilaksanakan dengan kos ditanggung oleh kementerian sendiri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telahpun menerima laporan berkaitan premis-premis di bawah kementerian yang rosak akibat kejadian ribut pada malam Jumaat lalu.

Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain KKR, Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut telah memperolehi laporan berkenaan.

Beliau berkata, kejadian ribut yang berlaku pada malam Jumaat lalu telah menyebabkan kerosakan kepada beberapa premis bangunan dan penempatan kerajaan.

“Di bawah KKR, lima premis rumah setingkat kuarters kerajaan telah mengalami kerosakan. Kerja pembaikan telah dilaksanakan dengan kos ditanggung oleh kementerian sendiri.

“Di bawah KPM pula, sebanyak 29 sekolah telah terjejas. Kos pembaikan setakat ini dianggarkan adalah sebanyak RM3 juta.

Advertisements

“Dalam lawatan bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Sekolah Kebangsaan Setapak Kuala Lumpur sebentar tadi, saya telah dimaklumkan oleh beliau kos pembaikan akan ditanggung oleh KPM,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ujar beliau, bagi MINDEF pula, difahamkan lima unit rumah kuarters terjejas dan kos pembaikan dianggarkan sebanyak RM500,000.

Katanya, kementerian juga menerima laporan daripada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) KL, mengenai kedutaan Palestin yang juga terjejas dalam kejadian ribut yang lalu.

“JKR sudah memanggil kontraktor untuk melaksanakan kerja memotong pokok yang tumbang, membershkan dan menjalankan kerja-kerja pembaikan elektrik dengan kos pembaikan dianggarkan berjumlah RM600,000,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan