25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

NEC fokus 3 perkara tangani isu pekerjaan – Fadillah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pekerjaan Negara (NEC) memberi fokus kepada tiga komponen utama merangkumi penciptaan pekerjaan, program penempatan, latihan dan peningkatan kemahiran serta menangani isu pasaran buruh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana terdapat isu-isu sektor pekerjaan yang perlu ditangani meskipun kadar pengangguran menurun kepada  3.5 peratus.

Katanya, itu pengangguran belia, ketidak sepadanan penawaran dan permintaan, kadar upah bersesuaian, kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan peningkatan produktiviti.

“NEC telah mengenalpasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan di bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan 63 agensi pelaksana dan dipantau secara aktif oleh Laksana yang bertindak sebagai Sekretariat NEC. 

“Di samping itu, 12 daripada 32 fokus inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Penciptaan Pekerjaan Nasional akan turut mula dilaksanakan dalam usaha menangani isu struktural pasaran buruh. 

Advertisements

“NEC juga bersetuju dengan sasaran sebanyak 119,964 penciptaan pekerjaan yang akan direalisasikan melalui pelaburan langsung asing dan domestik bagi 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat NEC pertama di Bangunan Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan komitmen yang ditunjukkan semua pihak, kerajaan yakin strategi yang digariskan NEC akan dapat meneruskan momentum dalam memperkasa ekonomi, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran. 

“Kerajaan memandang serius isu-isu berkaitan seperti kekurangan pekerja dalam sektor tertentu, kesaksamaan peluang pekerjaan, perlindungan sosial bagi pekerja dan isu kebolehpasaran graduan dan akan terus berusaha untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan