31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Hajiji bantu tanggung kos tambahan urus jenazah Ag Askandar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberikan komitmen bahawa Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub.

Makluman itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, ia untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga.

“Ia juga hasil berbincangan saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada APM dan memaklumkan perkembangan terkini kepada Ketua Menteri Sabah.

“Begitu juga Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan,”katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Keprihatinan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah amatlah dihargai,”katanya.

Terdahulu, katanya, beliau telah mengadakan sidang video bersama Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara, Datuk Mohammad Ali Selamat, dan Counsellor/Charge d` Affaires, Kedutaan Malaysia di Kathmandu,
Mohd Fazle Abu Hasan.

“Perbincangan berkisar tentang perkembangan terkini pengurusan membawa balik jenazah
warganegara Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest.

“Mangsa adalah Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah yang berasal dari Kampung Benoni, Papar.

“Terkini saya dimaklumkan bahawa pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah dari Camp 4 ke Base Camp pada jam 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah Lt. Kol (PA) Ag Askandar dijangka akan dibawa turun dari Base Camp ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan,”katanya. – Edisi 9


Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan