30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Tragedi Everest: Siasatan menyeluruh perlu dibuat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dan penganjur wajar melakukan siasatan yang menyeluruh berhubung dua tragedi Everest yang membabitkan rakyat Malaysia

Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengucapkan takziah di atas kematian pendaki Malaysia Everest yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Beliau juga berdoa agar Pendaki Everest, Muhammad Hawari Hashim segera ditemui selepas dilaporkan hilang lebih 24 jam.

Muqharabbin yang dikenali sebagai Qobin berkata, pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki dengan sesuka hati.

“Ianya memerlukan latihan yang intensif, persediaan yang rapi dan pendaki perlu didedahkan dengan pengalaman mendaki ke gunung-gunung salji dan latihan teknikal.

“Walaupun kita mempunyai wang dan penaja, tidak semestinya kita boleh sampai ke Everest,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut mendedahkan pengalamannya yang pernah melalui liku-liku dan cabaran semasa pendakian Everest pada 2004 lalu.

“Saya terpaksa berlatih lebih dua tahun di dalam dan luar negara dan ke Nepal beberapa kali sebelum mendaki Everest pada tahun 2004.

“Di Nepal pula saya perlu mengadaptasikan diri dengan gunung di sana selama dua bulan sebelum sampai ke puncak pada 16 Mei 2004 lalu.

Advertisements

“Ini bagi memastikan badan kita bersedia dan dapat bertahan dalam keadaan suhu sejuk yang ekstrim dan cuaca yang tidak menentu,”katanya.

Menurut Qobin, untuk mendaki ke puncak Everest bermula dari Camp 4 di ketinggian 7,900 meter (kem terakhir) pada 2004 lalu, beliau mengambil masa 10 jam untuk sampai puncak 8,800 (900 meter ketinggian) dan turun semula ke Camp 4, dengan mengambil masa selama lapan jam.

“Memang kita akan mengalami kepenatan melampau atau keletihan yang teruk.

“Sekiranya, kita tidak cukup stamina, kita pasti akan menghadapi perkara ini dan akan boleh menyebabkan kita mengalami Penyakit Akut Gunung atau AMS.

“Jadi, saya menyeru agar KBS dan penganjur, wajar melakukan siasatan yang menyeluruh kerana semenjak pendakian Everest Malaysia 1997 sehingga 2023.

“Ini adalah kejadian yang pertama berlaku menyebabkan pendaki Malaysia ke Everest.

“Saya berharap agar arwah selamat di bawa pulang dengan sempurna dan mohon agar Kerajaan dan penganjur juga wajar membantu keluarga arwah dengan bantuan yang sewajarnya.

“Semoga Allah menempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang beriman,”ujar beliau. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan