26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Bekalan gula di Kedah kembali pulih – Salahuddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKALAN gula di Kedah berjaya dipulihkan menerusi pelaksanaan operasi Ops Manis yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, seramai 176 pegawai penguat kuasa telah digerakkan bagi memantau serta menangani isu kekurangan bekalan gula di negeri tersebut.

“Sebanyak 214 pemeriksaan berkaitan gula telah dijalankan di seluruh negeri Kedah merangkumi sektor pemborong dan peruncit serta satu pemeriksaan di kilang pengeluar.

“Sehingga 20 Mei, kedudukan bekalan gula di 20 pemborong utama di Kedah yang dibekalkan oleh MSM Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. berjaya dipulihkan ke tahap 796.721 tan metrik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kedudukan bekalan gula di Kedah juga ditampung melalui inisiatif Jualan Rahmah di lokasi yang didakwa terjejas bekalan gula bermula hari ini.

Advertisements

“Harga gula yang ditawarkan di Jualan Rahmah tersebut ialah RM5 untuk setiap 2 kilogram (kg),” katanya.

Dalam pada itu, KPDN menyeru pengguna agar tidak membuat pembelian panik kerana tindakan berkenaan boleh menjejaskan rantaian bekalan gula di pasaran.

“Kementerian menasihatkan peniaga agar menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih bertanggungjawab dan beretika.

“KPDN juga mengingatkan peniaga agar tidak mengenakan apa-apa pembelian bersyarat atau menyorok bekalan gula. Tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan