26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Peranan menteri Kabinet laksana keputusan MPN

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh DATUK DR MARZUKI MOHAMAD

ADA pihak yang mencadangkan supaya Majlis Pemulihan Negara (MPN) hanya dianggotai oleh kumpulan profesional. Ahli politik tak boleh jadi ahli.

Saya nak jelaskan sedikit bagaimana sistem kerajaan berfungsi.

Ahli politik yang menganggotai MPN adalah atas kapasiti mereka sebagai menteri. Bukan ketua bahagian atau ketua cawangan parti politik.

Kenapa mereka mesti ada di situ? Sebab merekalah yang akan melaksanakan segala keputusan yang akan dibuat oleh MPN.

Ingat, kuasa Eksekutif Persekutuan terletak hak pada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan boleh dilaksanakan oleh Baginda Tuanku atau oleh Jemaah Menteri menurut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Perjalananan pentadbiran harian kerajaan (day to day running of the government) dilaksanakan oleh Jemaah Menteri.

Mesyuarat MPN secara maya, semalam. – Gambar: Facebook Muhyiddin Yassin

Jadi apabila MPN membuat apa-apa keputusan, keputusan itu hendaklah dilaksanakan oleh Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab. Maka wajiblah menteri yang berkenaan menjadi anggota tetap MPN atau hadir atas jemputan dalam mana-mana mesyuarat MPN apabila perkara yang berkaitan dengan kementeriannya dibincang dalam mesyuarat MPN.

Advertisements

Dalam mesyuarat MPN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri semalam, ada satu kertas yang dibentangkan oleh Menteri dan dua kertas yang dibentangkan oleh wakil kumpulan profesional. Ketiga-tiga kertas ini dibincang dan dibahas oleh semua anggota yang hadir, termasuk oleh kumpulan pakar dan profesional.

PM dan menteri-menteri banyak mendengar pandangan kumpulan pakar dari pelbagai bidang dalam membuat keputusan dan rumusan. Banyak idea yang disampaikan oleh mereka mengenai usaha menangani pandemik, vaksinasi, bantuan kepada golongan yang terjejas, pembukaan sektor ekonomi, sosial dan lain-lain.

Pandangan yang disampaikan ini menjadi sebahagian daripada keputusan untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Bayangkan jika MPN ini hanya dianggotai oleh kumpulan pakar dan profesional sahaja tanpa melibatkan Perdana Menteri dan menteri?

Siapa yang nak melaksanakan segala pandangan yang disampaikan dan keputusan yang dibuat?

Ya, majlis itu boleh berbincang dan berbahas mengenai macam-macam perkara, tetapi ke mana nak dibawa pandangan-pandangan itu untuk dilaksanakan? Bukankah kepada kerajaan juga akhirnya?

Pada saya, kita perlu jelas bagaimana sistem kerajaan berfungsi.

  • Penulis ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri. Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan