31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

[VIDEO] SPRM sahkan tiada salah laku rasuah di PPV SACC

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Gara-gara video yang melaporkan deretan pekerja asing menunggu untuk divaksin kerana tidak memberi rasuah RM80 kepada penjaga pintu di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menghantar pegawai risik untuk menyiasat dakwaan itu.

Individu dalam video berdurasi 1.07 minit yang tular menerusi media sosial itu mendakwa kejadian berlaku di PPV Shah Alam Convention Centre namun berdasarkan siasatan SPRM, ia dirakam di PPV Midlands Convention Centre, Shah Alam.

“Tohmahan yang mengatakan bayaran rasuah RM80 perlu dibayar kepada penjaga pintu untuk dapat masuk adalah tidak benar,” kata SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SPRM berkata, PPV Midlands dijadikan Pusat Program Vaksin Pekerja Industri (PPVIN) iaitu sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). 

Advertisements

Walau bagaimanapun, kata kenyataan itu, terdapat masalah pada sistem di mana temujanji untuk individu juga terselit di PPV Midlands ini.

“Oleh itu, dikatakan punca kesesakan adalah daripada tindakan pekerja asing hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin,” kata agensi tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan terus apa-apa maklumat berhubung rasuah dengan menghubungi mana-mana pejabat SPRM dan bukannya menghebahkan di media sosial.

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan