25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mustapa minta maaf langgar SOP makan di kedai

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta maaf kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 26 Jun lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pejabatnya malam tadi, pada pukul 5 petang hari berkenaan, beliau telah singgah di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli untuk melihat bagaimana pemiliknya berjaya meneruskan perniagaan walaupun berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat.

Advertisements

“Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Café, Kampung Kalai, Jeli pada Sabtu lalu,” jelas kenyataan itu.

Berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut, Ketua Polis Daerah Jeli telah menghubungi beliau tengah hari semalam bagi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka mengenai perkara berkenaan.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli meminta maaf dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan