27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kadar Bantuan Prihatin Rakyat ditambah hingga RM500

Mesti Baca


CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Perkara itu diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas Program Bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus malam ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kata Perdana Menteri, langkah itu terkandung dalam Matlamat Kedua pelaksanaan Pemerkasa Plus  bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian dapat terus dibantu.

Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.

Golongan bujang pula akan menerima RM100. BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak RM2.4 bilion.

Moratorium

Bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan.

Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion. 

Skim Rehabilitasi Sewa Beli dan Teksi

Advertisements

Skim ini akan dilancarkan minggu ini dengan nilai peruntukan RMI bilion. Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Agensi dan syarikat erajaan disarankan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan. Pihak MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021. 

Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium.

Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021.

Program Subsidi Upah

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Program Subsidi Upah selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RMI .5 bilion ditanggung oleh Kerajaan.

Adalah dijangkakan lebih 2 juta pekerja dan lebih 200,000 ribu majikan akan mendapat manfaat.Selain itu, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021.

Pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran E-Latih secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan