26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6,824 kes, jangkitan baharu semakin berkurangan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Penularan kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan kepada 6,824 kes hari ini berbanding 6,999 kes semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau, jumlah terkumpul adalah 572,357 kes.

Selangor masih kekal negeri yang mencatatkan jumlah kes jangkitan baharu tertinggi iaitu 2,111 kes diikuti Kelantan (695 kes), Sarawak (654 kes), Johor (489 kes), Kedah (464 kes), Kuala Lumpur (387 kes), Melaka (352 kes) dan Pulau Pinang (328 kes).

Perak pula mencatatkan sebanyak 255 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (253 kes), Pahang (219 kes), Sabah (207 kes), Terengganu (204 kes), Labuan (166 kes), Putrajaya (28 kes) dan Perlis (12 kes).

Bagi jumlah terkumpul, Selangor merekodkan sebanyak 186,926 kes diikuti Sabah (62,244 kes), Kuala Lumpur (58,654 kes), Johor (58,383 kes), Sarawak (47,329 kes), Pulau Pinang (28,626 kes), Kelantan (27,788 kes), Negeri Sembilan (26,305 kes) dan Perak (20,634 kes).

Kedah pula mencatatkan sebanyak 18,909 kes terkumpul diikuti Melaka (12,086 kes), Pahang (9,577 kes), Terengganu (8,771 kes), Labuan (3,722 kes), Putrajaya (1,892 kes) dan Perlis (511 kes).

Sebanyak 67 kes kematian hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 12 kes di Johor, lapan kes diSarawak, enam kes di Kedah, masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat kes di Pahang, masing-masing tiga kes di Pulau Pinang, Labuan, dan Melaka, dua kes di Sabah, serta satu kes di Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, sebanyak 2,796 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat ini.

Sebanyak 79,523 kes masih aktif di mana sebanyak 851 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 422 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah yang sembuh hari ini adalah seramai 5,251 pesakit, menjadikan jumlah keseluruhan 490,038 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan sehingga kini telah mengenal pasti sebanyak 119 kes COVID-19 yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 14 kes adalah jangkitan import daripada luar negara, manakala 105 kes lagi adalah jangkitan dalam negara.

“Daripada jumlah 119 kes yang dikesan tersebut, 104 kes adalah VOC dan 15 kes adalah VOI,” katanya. – EDISI 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan