26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tajuddin Abdul Rahman ditahan SPRM semalam?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipercayai telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dua tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Memetik laporan The Vibes, difahamkan Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang semalam.

Walau bagaimanapun, beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan mulut yang lazimnya diberikan kepada penjawat awam.

Difahamkan lagi, SPRM sedang menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sebelum pendakwaan terhadap Tajuddin diteruskan.

Maklumat berhubung tuduhan terhadap Tajuddin belum didedahkan namun beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan tuduhan campur tangan dalam operasi dan urusan perniagaan Prasarana.

Advertisements

The Vibes turut menyatakan bahawa portal itu sedang menunggu pengesahan daripada SPRM.

Tajuddin dipecat daripada jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kelmarin.

Sebelum ini, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak ekoran kegagalan mengendalikan sidang media berhubung insiden tren transit aliran ringan (LRT) Rapid KL bertembung pada Selasa.

(Berita lanjut menyusul)

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan