28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hospital Selayang pula guna kontena simpan mayat COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Selepas Hospital Sungai Buloh, kini tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat yang dijangkiti COVID-19.

Kementerian Kesihatan dalam hantaran Facebook malam tadi berkata, kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang itu boleh menempatkan mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital berkenaan sentiasa penuh.

“Kematian akibat COVID-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang,” jelas Kementerian Kesihatan.

Setakat semalam, 2,491 orang telah menjadi mangsa tersebut termasuk 59 kematian baharu.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah menerima Penyerahan Penajaan ‘Personal Protection Equipment’ (PPE) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan semalam.

Yang turut hadir ketika Dr Adham menerima sumbangan daripada Yayasan Salam ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Advertisements
Dr Adham Baba menerima sumbangan PPE daripada wakil Yayasan Salam. – Gambar: Facebook KKM

Penyerahan penajaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ini dilakukan oleh Yayasan Salam untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam menangani COVID-19.

Penajaan PPE yang berjumlah RM220,000 ini merupakan hasil sumbangan pihak korporat yang ingin membantu kerajaan mengatasi pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.

Bermula dari April 2020, Yayasan Salam telah menyumbangkan 94 penutup kepala, 390 penutup but, penutup kasut dan 80 topi PPE.

Selain itu, empat karton penutup kasut, 300 unit gaun PPE dan tiga karton sarung tangan pembedahan.

Seluruh sukarelawan Salam juga telah mengumpulkan dana bagi sumbangan keperluan dapur kepada 800 keluarga yang terjejas di seluruh Malaysia. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan