25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

MN satukan persaudaraan, kuasa politik umat Islam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Gagasan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan untuk menyatukan persaudaraan dan kuasa politik umat Islam melangkaui kepentingan mana-mana parti di dalamnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia tidak bertujuan menjadikan mana-mana parti mendominasi antara satu sama lain.

Menurut beliau, MN semata-mata untuk memperkasakan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, sekali gus memberi jaminan keselamatan dan kebajikan untuk rakyat minoriti.

“Agenda MN menolak sebarang muafakat atau kerjasama dengan mana-mana golongan yang menolak Islam atau tidak mesra Islam sepertimana telah ditunjukkan oleh DAP dan PKR ketika mentadbir negara bersama Pakatan Harapan (PH).

“Justeru, slogan ‘No DAP, No PKR’ sentiasa dilaungkan dan dijadikan asas persefahaman,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Malah, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu memberitahu, PAS keluar daripada Pakatan Rakyat pada 2015 juga atas asas menolak agenda DAP dan PKR yang dilihat songsang tidak menguntungkan Islam.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menambah, perkara itulah yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tulisan terkini iaitu kerjasama mestilah berasaskan dua perkara; pertamanya dengan golongan yang tidak ‘ekstrem’ dan keduanya dengan golongan bukan bersifat liberal.

Mohd Khairuddin memberitahu, dalam meluruskan asas muafakat, Abdul Hadi menegaskan kepentingan menjaga muafakat semua parti termasuk UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Bersama UMNO dipertegaskan slogan perkukuhkan MN. Bersama PBBM pula dipertegaskan slogan mempertahankan Perikatan Nasional (PN) yang PAS dan UMNO juga menjadi sebahagian kerajaannya.

Advertisements

“Tidak mungkin kerajaan yang ditubuhkan dan diuruskan bersama cuba diruntuhkan pula sehinggalah berlakunya pilihan raya umum seterusnya,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam mendepani pelbagai isu rakyat dalam suasana pandemik COVID-19 dan kesuraman ekonomi, kesatuan dalam kalangan pemimpin sangat penting dan menjadi asas kestabilan kerajaan.

Tambah Mohd Khairuddin, kerajaan perlu dilihat sentiasa memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat.

“Kritikan yang dibuat mestilah dengan hasrat ke arah memperkasakan kerajaan bersama.

“Tidak wajar isyarat yang salah disampaikan kepada rakyat yang sedang berhadapan dengan isu kesusahan ekonomi dan pengangguran akibat pandemik COVID-19.

“Justeru, tema Malaysia Prihatin perlu sentiasa sentiasa dilonjakkan dan dipersadakan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kesatuan ummah buat sesuatu yang mudah dan laluannya berliku.

“Ramai yang sedang mendoakan kejayaan kesatuan ini sepertimana adanya golongan yang mengharapkan kehancuran perpaduan ini kerana kepentingan peribadi sendiri,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan