26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis siasat video viral wanita kena belasah

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

KOTA BHARU – Polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian seorang wanita dipukul oleh tiga wanita lain seperti dipaparkan dalam rakaman video yang tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian dipercayai berlaku di daerah Tanah Merah namun lokasi sebenar belum dikenal pasti.

Menurut beliau, polis menerima maklumat tentang rakaman video yang tular itu kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Bertindak atas satu maklumat, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tanah Merah bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas kejadian yang berlaku.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah diarahkan untuk mengesan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Motif kejadian masih belum diketahui. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Shafien menambah, saksi-saksi kejadian dinasihatkan hadir ke IPD Tanah Merah sebelum tindakan mengesan dan menangkap dijalankan.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Lee Vieng Rok melalui talian 09-9556222. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan