Saturday, June 27, 2026

Zahid ingatkan jentera BN terus bekerja sebagai satu pasukan

Mesti Baca

SELURUH jentera Barisan Nasional (BN) diseru agar terus bekerja sebagai satu pasukan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula hari ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu sebelum ini mengiringi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa proses penamaan calon.

Zahid turut mengarahkan agar semua calon dan jentera BN menyantuni rakyat dengan hati yang ikhlas.

“Kepada semua calon dan jentera BN di seluruh Negeri Johor, saya ucapkan selamat berkempen.

“Berkempenlah dengan sebaik-baiknya. Turunlah menyantuni rakyat dengan hati yang ikhlas dan teruslah bekerja sebagai satu pasukan. 

“Insya-Allah, kita berusaha sehabis baik, kita berdoa, dan akhirnya kita bertawakal kepada Allah SWT agar diberikan kejayaan buat kita semua,” kata beliau.

Turut mengiringi Onn Hafiz termasuk Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Zahid berkata, melihat langkah yang seiring, kibaran panji yang megah serta semangat jentera pelbagai kaum yang hadir bersama, beliau benar-benar merasakan bahawa asas perjuangan ini adalah kekuatan sebenar BN.

“Kepada semua calon yang bertanding, bersama-samalah kita menjadikan pilihan raya ini sebagai medan demokrasi yang matang.

“Berkempenlah dengan tertib, saling menghormati dan memelihara keharmonian yang selama ini menjadi kekuatan Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berharap Allah SWT mempermudahkan setiap langkah dan mengurniakan yang terbaik buat Johor Darul Ta’zim. 

Dalam PRN Johor Ke-16 itu, Onn Hafiz yang akan mempertahankan kerusi tersebut, bakal dicabar wakil Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan. — Edisi 9

Terkini

Utamakan perolehan peralatan tentera berteknologi terkini – Agong

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka Baginda bertitah, transformasi...

Lagi Artikel Berkaitan